ShareThis

Daffodil freesia. Dikuasakan oleh Blogger.

nak follow?

nak follow?

RSS

Apa itu Landskap?

 Ringkasan pengenalan landskap didefinasikan sebagai rupa daratan,suatu pemandangan luaran yang dihasilkandari keadaan semulajadi atau binaan yang meliputi apa sahaja yang dapat kita lihat di atas muka bumi ini seperti binaan bangunan, jalan raya, tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung ganang dan sebagainya lagi. manakala elemen-elemen dalam landskap merupakan sumber utama yang digunakan dalam mereka bentuk landskap, di mana terdapat 4 elemen asas iaitu tumbuhan,air,struktur,dan rupa bumi.

manakala istilah pelandskapan pula adalah satu proses yang mana melibatkan kegiatan merancang,merekabentuk,melaksana, serta menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan, dan keseronokan manusia disamping menjadikan suasana yang indah dan harmoni dengan persekitaran semulajadi

ini adalah serba sedikit penerangan tentang landskap sebagai permulaan untuk kita mengenali apa itu landskap secara lebih dekat.

kebiasaan pengertian landskap dirujuk kepada 2 kategori iaitu landskap lembut dan landskap kejur, apa itu landskap lembut? landskap lembut terdiri daripada unsur-unsur tanaman sama ada pokok utama, pokok renek, pokok jenis memanjat, pokok herba, atau jenis menutup bumi.

Apa itu landskap kejur?
landskap kejur pula meluputi unsur-unsur binaan seperti kerusi taman, tempat pejalan kaki, tempat sampah, papan tanda, lampu, arca-arca, meja taman dan sebagainya.

Hasil 2 kategori ini di gabungkan menjadikan landskap itu menarik bukan saja untuk pemandangan bahkan menberi keselesaan,ketenangan, dan juga keseronokan kepada kehidupan ini.

ini adalah contoh-contoh landskap yang dapat kita lihat,









Untuk menjadikan sesuatu hasil kerja landskap itu cantik dan menarik dipandang kita memerlukan idea,gabungan,prinsip penanaman,susun atur, dan kesatuan yang harus diambil kira kerana semua ini berkait rapat dengan hasil yang akan kita bina nanti.


Idea, apa bila wujudnya idea kita memerlukan plan perancangan yang harus dimulakan terlebih dahulu, untuk mewujudkan landskap hiasan laman rumah sekalipun kita juga memerlukan plan perancangan supaya apa yang akan kita bina nanti mengikuti kehendak asal yang diinginkan, 

Gabungan, gabungan memerlukan kreativiti dan bakat hasil gabungan yang baik mewujudkan keharmonian dalam pelandskapan,
Prinsip-prinsip penanaman, prinsip dalam penanaman juga penting kerana apa yang akan kita lakukan nanti mengikut garis panduan yang betul agar landskap yang akan kita bina nanti dapat bertahan lama dan ini menjimatkan kos,


Susun atur, dalam melakukan tugas pelandskapan susun atur yang baik menjadikan pemandangan landskap itu kemas dan tersusun

kesatuan, kesatuan dalam pelandskapan menberikan gambaran yang menarik,tersusun,dan seragam walaupun ia digabungkan dengan pelbagai elemen-elemen seperti jenis pokok,warna, dan unsur-unsur lain yang digabungkan bersama  landskap kejur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 ulasan:

sunita binti shafie berkata...

nice inf0!

wan dan deffodil berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ,, benda ni amat membantu .. :)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Catat Ulasan